? ??????????????Sound Wave? ????? ?? ???Rating: 4.7 (64 Ratings)??16453 Grabs Today. 61604 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Green Fumes? ????? ?? ???Rating: 4.3 (224 Ratings)??15631 Grabs Today. 79529 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Live, BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, April 18, 2011

Minggu 13-Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu


Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu


Jenis-Jenis Alat Pengarangan




Adobe Flash Player




  • ialah perisian yang memaparkan animasi dan filem dengan menggunakan atur cara komputer seperti pelayar web. Flash Player ialah pemain multimedia dan aplikasi ciptaan Macromedia, kini dibangunkan dan diedarkan oleh Adobe setelah membeli Macromedia. Flash Player menjalankan fail-fail SWF yang boleh direka dengan menggunakan alat pengarangan Adobe Flash rekaan Adobe Flex, atau mana-mana alat Macromedia yang lain dan pihak ketiga.


  • Nama Adobe Flash, atau sekadar Flash, merujuk kepada program pengarangan multimedia tersebut ataupun Adobe Flash Player edaran Adobe yang menggunakan grafik vektor dan raster, bahasa peenskripan tersendiri iaitu ActionScript dan penstriman video dan audio dwiarah. Sebenarnya, Adobe Flash hanya memaksudkan sekitaran pengarangan manakala Flash Player ialah mesin maya yang digunakan untuk menjalankan fail Flash, namun erti-erti tersebut sering dicampuradukkan dalam bahasa percakapan. Oleh itu, nama "Flash" boleh memaksudkan sekitaran pengarangannya, pemainnya atau fail-fail aplikasinya.


  • Flash Player menyokong bahasa penskripan tersirat bernama ActionScript (AS) yang berasaskan ECMAScript. Semenjak diperkenalkan sebagai sintaks skrip tanpa pemboleh ubah, ActionScript telah berkembang maju untuk menyokong kod berorientasi objek, hinggakan keupayaannya boleh dibandingkan dengan JavaScript (satu lagi bahasa penskripan berasaskan ECMAScript).


  • Pada awalnya, Flash Player direka untuk memaparkan animasi vektor dua dimensi yang ringkas, tetapi kini sesuai untuk mereka aplikasi Internet kaya dan menstrimkan video dan audio. Flash Player menggunakan grafik vektor untuk meminimumkan saiz fail serta menghasilkan fail yang menjimatkan lebar jalur dan masa pemuatan. Flash ialah format yang sering digunakan untuk permainan, animasi, dan GUI yang dibenamkan dalam laman web.


  • Flash Player tersedia sebagai pemalam untuk versi-versi terkini pelayar web (such as Mozilla Firefox, Opera, Safari dan Internet Explorer) di platform-platform terpilih. Adobe menyatakan bahasa setiap versi pemalam adalah serasi dengan versi sebelumnya, kecuali perubahan ciri-ciri keselamatan yang diperkenalkan dalam Versi 10.[1]


COMIL




  • Bagi sekolah-sekolah di Malaysia alat pengarangan yang dicadangkan digunakan adalah alat pengarangan yang dibangunkan oleh MIMOS Bhd iaitu ComIL. Untuk mempelajari alat pengarangan ini, pihak MIMOS telah menyediakan tutorial ComIL yang boleh didapati di www.comil.com.my . Comil merupakan satu inovasi daripada MIMOS Berhad yang dibangunkan oleh pakar tempatan (MIMOS, tanpa tarikh). Ini bermakna ComIL merupakan pilihan terbaik untuk senario tempatan.


  • Comil Intan ialah sebuah alat pengarangan multimedia yang pertama menggunakan antara muka Bahasa Melayu (MIMOS, tanpa tarikh). Ia adalah versi terbaru selepas Comil Zamrud. Menurut mereka, alat pengarangan ini amat menarik kerana ia boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja. ComIL boleh difahami dan digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah rendah sehinggalah orang-orang dewasa. Ia juga mampu memenuhi keperluan pembangun multimedia profesional.



  • Alat pengarangan ComIL ini menawarkan pelbagai kemudahan kepada penggunanya untuk membina satu perisian multimedia yang interaktif. Melalui alat ini, guru-guru dan pelajar-pelajar boleh mencipta pelbagai bahan pengajaran dan persembahan multimedia dengan menggabungkan teks, grafik, video, animasi dan kesan bunyi yang menarik.


  • Konsep belajar dari komputer dilaksanakan sekarang apabila menggunakan perisian ComIL ini untuk membina kemahiran-kemahiran tertentu. Di sini pelajar akan belajar menggunakan Comil dari laman web ComIL (guru) yang telah menyediakan satu modul yang lengkap untuk memperkenalkan ComIL. Selain dari menggunakan tutorial dari laman web tersebut, guru-guru boleh menggunakan buku panduan yang dibekalkan oleh pihak MIMOS apabila perisian ComIL dibeli dari mereka sebagai bahan bantu mengajar.

Kekuatan Alat Pengarangan COMIL




  • Penggunaan Bahasa Melayu yang mudah memberikan kefahaman yang jelas kepada pelajar untuk memahami arahan-arahan yang diberi.


  • suasana pembelajaran yang bermakna dan relevan dengan senario tempatan dapat dihasilkan.


  • Pendekatan penerangan yang digunakan memudahkan pelajar mengikuti proses memahami sistem ComIL.


  • kemas dari segi susunan nombor yang teratur, serta peraturan arahan yang berkesinambungan dari satu fungsi ke fungsi yang lain


  • ia mempunyai bahagian pengenalan yang menerangkan definasi perisian kursus serta


  • konsep-konsep asas yang berkaitan agar pelajar mempunyai kefahaman yang fokus tentang pembangunan perisian kursus yang menggunakan alat pengarangan.

0 comments:

....