? ??????????????Sound Wave? ????? ?? ???Rating: 4.7 (64 Ratings)??16453 Grabs Today. 61604 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Green Fumes? ????? ?? ???Rating: 4.3 (224 Ratings)??15631 Grabs Today. 79529 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Live, BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, January 5, 2011

PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU 4

PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM ICT PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM DUNIA INFORMASI, KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI (ICT): ISU DAN CABARAN


Oleh: Prof. Madya Shaharuddin Badaruddin Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MaraCawangan Sarawak


1.0 Pendahuluan

Sejarah telah membuktikan Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca (bahasa perantaraan) bagi daerah-daerah kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman. Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di kepulauan Melayu dan orang-orang mendatang seperti pedagang-pedagang dan pengembara-pengembara dari Eropah, Asia Tengah, Cina dan India. Pada amnya proses evolusi Bahasa Melayu berkembang dan maju selaras dengan taraf perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat bahasanya melalui peperangan, perkahwinan, perdagangan, pentadbiran, persuratan, keilmuan dan kebudayaan. Sejarah juga telah menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah berkembang dari status bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno dan seterusnya ke bahasa Melayu Moden setelah melalui beberapa penyerapan dan penyebatian daripada bahasa-bahasa Sanskrit, Arab, Cina, Belanda, Portugis dan Inggeris. Dalam perkembangan era globalisasi dunia hari ini yang telah dipercepatkan oleh perkembangan tekonologi maklumat dan komunikasi (ICT), meneruskan proses evolusi bahasa Melayu ke peringkat maya yang akan memberi cabaran-cabaran baru kepada masyarakat bahasanya termasuk di negara ini untuk bersaing dengan bahasa-bahasa utama dunia yang lain. Sehubungan itu, karangan prosa ini akan membincangkan aspek-aspek umum yang menjadi isu dan cabaran asas kepada pengembangan penggunaan bahasa Melayu dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pengupasan dan penghuraian yang dibuat oleh penulis merupakan satu bentuk pandangan dan tinjauan secara umum kepada masyarakat yang berbahasa Melayu (masyarakat bahasa Melayu) tanpa melalui kajian empirikal yang memungkinkan berlakunya bais kepada kenyataan-kenyataan yang dikemukakan kepada pembaca. 1.1 Bahasa Melayu Dalam Era Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi maklumat seperti komputer peribadi, telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Seterusnya kemunculan internet telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu sehingga membolehkan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video. Fenomena ini secara langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di rantau Nusantara ini. Penekanan terhadap ICT di era globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama Internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti dengan pengeluar perisian dan perkakasan komputer seperti Microsoft, Dell dan Hewlett-Packard yang semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa Inggeris. Perubahan persekitaran ini menimbulkan persoalan sama ada mampukan bahasa Melayu digunakan di dalam era ICT sebagai bahasa perantaraan alternatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bahasanya? Mampukah pengiat-pengiat bahasa Melayu menggunakan ICT sebagai alat penyelidikan, perkakasan, perisian dan aplikasi untuk pembangunan bahasa Melayu? Sebagai satu pandangan umum, masyarakt bahasa Melayu perlu memperlihatkan sikap terbuka dan kesediaan untuk menghadapi cabaran perkembangan yang pesat dalam ICT dengan pengaruh bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Perlu diakui bahawa bahasa Melayu masih lagi ‘muda’ dari sudut peristilahan sains dan teknologi berbanding dengan bahasa Inggeris. Usaha supaya bahasa Melayu diterima dalam era siber hanya akan terlaksana jika masyarakat bahasanya mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai oleh bahasa Inggeris. 1.2 Isu dan Cabaran Penggunaan Bahasa Melayu Di Era ICT

Penggunaan bahasa Melayu di dalam era ICT yang pastinya akan melalui pelbagai isu dan cabaran yang perlu diberi perhatian dan penelitian untuk kepentingan masyarakat bahasanya. Umumnya, antara isu dan cabaran adalah seperti berikut : 1.2.0 Pertama : Kewujudan Bahasa Melayu Dalam Konteks K-Ekonomi Perkembangan yang pesat dalam ICT telah membawa perubahan-perubahan yang pantas dalam mencorakkan bentuk perniagaan, struktur masyarakat dan persaingan yang sengit dalam pasaran antarabangsa. Perubahan-perubahan yang pantas ini telah mewujudkan ekonomi baru dunia yang dikenali sebagai K-ekonomi atau pun ekonomi berasaskan pengetahuan. Di dalam konteks ini, pengetahuan merupakan nadi kepada segala bentuk perlakuan dan pemikiran manusia dalam bidang ekonomi. Kewujudan bahasa merupakan kepentingan dalam aspek pengetahuan kerana ia sumber penting dalam berkomunikasi. Sehubungan dengan itu, seharusnya ICT menjadi saluran penggunaan bahasa Melayu untuk kesinambungan status sejarahnya sebagai bahasa lingua franca dalam cabaran ICT. Bahasa Melayu perlu cukup kukuh dan mantap untuk membolehkan ianya berupaya memperkatakan apa sahaja bidang yang wujud dalam kehidupan dan seiringan dengan bahasa-bahasa moden lain seperti bahasa Inggeris, Sepanyol, Mandarin, Perancis, Arab dan Jepun. 1.2.1 Kedua : Dominasi Bahasa Utama Dunia Di Peringkat Maya

Perkembangan ICT merupakan saluran kepada ‘penjajahan’ bahasa di peringkat maya oleh bahasa yang mendominasi penggunaannya di peringkat antarabangsa seperti bahasa Inggeris. Sejarah telah membuktikan bahasa Melayu telah berjaya menempuh beberapa zaman yang mencabar kewibawaannya dalam persaingan penggunaan bahasanya dengan bahasa-bahasa yang lain. Umpamanya, kesan dari penjajahan negara-negara Barat di rantau kepulauan Melayu oleh Protugis, British, Belanda dan Sepanyol telah memberi kesan yang mendalam kepada perkembangan penggunaan bahasa Melayu di kalangan masyarakat bahasanya kerana perluasan penggunaan bahasa kedua dalam kehidupan seharian mereka. Namun di atas kekuatan semangat nasionalisme dan kesedaran kemerdekaaan di kalangan masyarakat bahasanya membolehkan bahasa Melayu terus dipertahankan dan mengekalkan martabatnya di arena antarabangsa.

Bahasa Melayu juga telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan seperti di negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Malah di beberapa daerah di Thailand Selatan dan Filipina Selatan masih terdapat masyarakat yang menggunakan bahasa Melayu. Walaupun kata-katanya diungkapkan dalam bunyi, tatabahasa, nahu dan ungkapan yang berbeza serta dibatasi oleh sempadan antarabangsa tetapi ia tetap dan masih dikatakan bahasa Melayu kerana asal-usulnya ialah dari bangsa Melayu yang serumpun.

1.2.2 Ketiga : Kemampuan Menjana Idea Baru, Kreativiti Dan Inovasi Dalam Memantapkan Penggunaan Bahasa Melayu

Masyarakat bahasa Melayu perlu menerima hakikat perkembangan ICT adalah berhubung kait secara langsung dengan kemampuan menjana idea baru, kreativiti dan inovasi dalam memantapkan penggunaan bahasa Melayu. Ketrampilan bahasa Melayu di era siber adalah bergantung kepada sejauhmana masyarakat bahasanya mampu menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan persekitarannya. Masyarakat bahasa Melayu perlu menukar mindset kepada penggunaan bahasa Melayu yang didorongi oleh pengetahuan supaya memperolehi manfaat daripada penggunaan ICT ekoran daripada hasil perkembangan global. Sehubungan itu, strategi perlu dirancang dengan teratur untuk memantapkan kekuatan dalaman bahasanya yang telah terbina sekian lama. Pengalaman lalu membuktikan keupayaan masyarakat berbahasa Melayu yang didokongi oleh bangsa Melayu telah dapat mempertahankan dan mendaulatkan bahasa Melayu dengan cekap dan berkesan di arena antarabangsa terutama di rantau Nusantara ini. Namun, pengalaman masa lepas belum pasti menjamin kejayaan masa depan. Senario abad ke 21 jauh lebih mencabar dan penuh ketidaktentuan serta amat berbeza dengan perubahan yang dialami sebelumnya. Ini ditambahi lagi perkembangan pesat ICT dan penggunaanya di dalam masyarakat dunia. 1.2.3 Keempat : Persepsi Kedudukan Bahasa Melayu Terhadap Penguasaan Bahasa Inggeris Penekanan terhadap K-ekonomi yang dipercepatkan dengan kepesatan perkembangan ICT telah menjadikan penggunaan bahasa Inggeris semakin unggul sebagai bahasa pengantar masyarakat dunia selaras dengan pengiktirafan yang diberikan kepadanya sebelum ini sebagai bahasa antarabangsa. Perkembangan bahasa Inggeris ini telah menimbulkan reaksi yang berbeza-beza di kalangan pemimpin-pemimpin, cendiakawan-cendiakawan, budayawan-budayawan dan sasterawan-sasterawan di seluruh dunia berkaitan dengan kesannya terhadap kedudukan bahasa-bahasa lain yang melambangkan identiti sesuatu kaum atau bangsa. Peluasan dan penguasaan bahasa Inggeris di peringkat antarabangsa tidak dapat dielakkan. Masyarakat dunia secara langsung telah dipengaruhi oleh peluasan bahasa Inggeris sebagai persediaan untuk menghadapi K-ekonomi. Peluasan bahasa Inggeris ini didorongi oleh keperluan memperolehi maklumat dan pembelajaran di peringkat maya melalui kemajuan ICT. Fenomena ini tidak bermaksud untuk menidakkan kepentingan bahasa Melayu tetapi meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa alat berkomunikasi dalam teknologi maklumat, internet dan dagangan antarabangsa. Manakala, bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan jati diri masyarakat bahasanya. Namun tidak mustahil dengan usaha-usaha yang bersungguh-sungguh dari semua pihak akan menjadikan bahasa Melayu mempunyai peranan yang besar dalam penggunaannya di dalam ICT. Sehubungan dengan itu, penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris oleh masyarakat bahasanya mempunyai peranan yang berbeza dan tidak seharusnya menimbulkan konflik jika masyarakat bahasanya jelas tentang peranan penguasaan dan penggunaan kedua-dua bahasa tersebut. 1.2.4 Kelima : Memperkayakan Bahasa Melayu Bahasa Melayu bersifat keterbukaan dan berkembang dari semasa ke semasa. Sejak dalam penjajahan Portugis, Inggeris dan Belanda, bahasa Melayu telah berkembang menyeresapi istilah-istilah asing dan lantas memperkayakan bahasa Melayu. Istilah-istilah seperti lampu, almari, bendera, buku, bola dan meja merupakan contoh-contoh istilah terbitan daripada bahasa-bahasa asing. Malah, sebelum penjajahan, bahasa Melayu juga telah meminjam dari bahasa-bahasa Sanskrit dan Arab seperti istilah sastera, bulan, akhirat dan zahir. Pengembangan bahasa Melayu akan lebih ketara apabila kita memasuki zaman baru seperti di era ICT. Seringkali ada istilah-istilah baru asing yang diterbitkan dan diperkenalkan. Justeru itu, untuk bersaing dengan bahasa-bahasa utama, bahasa Melayu harus berkembang dalam menerbitkan istilah-istilah baru bagi menterjemaah istilah-istilah baru yang asing. Istilah-istilah baru seperti tetikus, perisian, perkakasan, siber, laman, jaringan, internet dan batang bedek telah berjaya diterbitkan dan digunapakai. Walaupun begitu, keterbukaan sifat bahasa Melayu seharusnya sentiasa dipantau perkembangannya dengan ketat agar tiada penyelewengan dalam memelayukan istilah-istilah asing.

1.2.5 Keenam : Memasyarakatkan Bahasa Melayu Melalui Ruang Siber

Bahasa Melayu sebagai identiti buat masyarakat di beberapa negara di rantau Asia Tenggara. Bangsa Melayu di Singapura mempunyai ‘Bahasa Melayu Singapura’ dan bangsa Melayu di Indonesia mempunyai ‘Bahasa Indonesia’, dan Malaysia berbangga dengan ‘Bahasa Malaysia’. Keberkesanan untuk melaksanakan penggunaan bahasa Melayu di dalam era ICT terletak di bahu masyarakat bahasanya. Inilah masanya untuk masyarakat bahasa Melayu menempa nama di persada antarabangsa dengan menggunakan dunia siber yang menghubungkan di seluruh pelusuk dunia.

Dalam merelisasikan penggunaan bahasa Melayu di peringkat maya bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah dan remeh temeh. Banyak kegiatan ilmiah dan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan agar perkembangan penggunaan bahasa Melayu dianggap ‘hidup’ dan ‘tidak mati’ oleh masyarakat dunia. Kegiatan-kegiatan yang telah dan akan dilaksanakan dengan kemudahan ICT seharusnya mempunyai matlamat yang sejajar dengan arus pemodenan dan persejagatan masyarakat dunia agar ia dapat memaparkan bahawa semua kegiatan yang diadakan adalah benar-benar menggunakan dan menjiwai sepenuhnya bahasa Melayu. Usaha orang perseorangan dan syarikat-syarikat masyarakat Melayu dalam men’dotcom’kan bahasa Melayu ke dalam alam internet perlu diteruskan dan diberikan sokongan sewajarnya oleh masyarakat bahasanya. Membawa bahasa Melayu dalam konteks masyarakat Melayu di peringkat maya adalah satu usaha yang perlu dilakukan dengan tekad dan azam yang kuat. Dengan men’dotcom’kan bahasa Melayu di dalam gerbang internet akan menyediakan ruang untuk pelunsur menggunakan bahasa Melayu di internet dan seterusnya meningkatkan imej bahasa Melayu seiringan dengan bahasa-bahasa seperti bahasa Inggeris, Peranchis, Jepun dan Cina. Ia suatu nilai yang penting untuk menangkis segala tanggapan bahawa bahasa Melayu tidak mampu bersaing atau tiada tempat di persada dunia. 1.2.6 Ketujuh : Pesejagatan Dasar Bahasa Melayu Di Peringkat Maya

Masyarakat di beberapa negara yang masih mendaulatkan bahasa Melayu sekarang ini sedang mempelajari bahasa kedua ataupun bahasa ketiga adalah kerana keperluan ICT dagangan. Namun penguasaan bahasa asing ini tidak seharusnya melunturkan kepentingan bahasa Melayu itu sendiri. Masyarakat bahasa Melayu mesti mengguna, mengukuh dan memperluaskan bahasa Melayu di peringkat maya untuk tujuan kenegaraan dan membezakan jati diri masyarakat bahasa Melayu dengan masyarakat-masyarakat bahasa yang lain. Bahasa asing yang diketahui hanya digunakan sebaiknya apabila berdagang dan berkomunikasi dengan masyarakat bahasa lain.

Bagi mencapai hasrat tersebut, peranan dan tanggungjawab negara-negara yang masyarakatnya masih berbahasa Melayu adalah membina empayar dan mengembangkan sastera, budaya dan penerbitan dalam bahasa Melayu di peringkat maya. Persefahaman dan kerjasama dalam perkembangan di peringkat maya ini perlu menggunakan teknologi terkini seperti ICT untuk dimanupulasikan sebagai alat penyelidikan, perkakasan, perisian dan aplikasi dalam memperkembangkan bahasa Melayu. Munsyi Abdullah telah membuktikan bagaimana perkembangan bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan tindakan proaktif beliau terhadap penggunaan teknologi percetakan pada zamannya. Oleh itu, dasar persejagatan bahasa Melayu di peringkat maya juga dapat direalisasikan dalam era ICT dengan mengaplikasikan semangat nasionalisme, pengetahuan dan teknologi terkini.

1.2.7 Kelapan : Perubahan Sistem Pendidikan Institusi pendidikan adalah medium penting untuk mengukuhkan lagi nilai dan keperluan bahasa Melayu di kalangan golongan generasi muda bangsa Melayu melalui sistem pendidikan yang mengambilkira penyerapan dan penyebatian kemajuan dan perkembangan ICT. Misalnya, generasi muda akan mempunyai peluang untuk menghalusi bahasa Melayu ke dalam jiwa mereka melalui kegiatan dan aktiviti bercorak bahasa Melayu dengan menggunakan teknologi maya yang diasaskan oleh kemudahan internet. Melihat kepada dominasi bahasa Inggeris di internet adalah disedari bahasa ini merupakan pencetus teknologi dan ilmu pengetahuan pelbagai bidang yang diinginkan oleh masyarakat dunia.


Dalam hal ini, masyarakat bahasa Melayu mestilah tegas menentukan kedudukan bahasa Melayu dan peranan bahasa yang diperlajari dalam sistem pendidikan mereka. Jika bahasa asing yang diperlajari memerlukan makmal dan program khusus dalam menguasainya maka tidak perlu diketepikan juga kepentingan penyediaan prasarana dan program sedemikan kepada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan. Di peringkat dunia, penutur bahasa Melayu adalah seramai lebih 250 juta orang. Ini meletakkan kedudukan status bahasa Melayu ditempat keempat teramai penuturnya selepas bahasa Mandarin, Sepanyol dan Inggeris. Jadi tidaklah mustahil bahasa Melayu boleh menjadi bahasa komunikasi dan dipelajari di seluruh dunia melalui teknologi maya jika masyarakat bahasanya mengambil kesempatan dari pembentukan dunia sejagat tanpa sempadan dan sekatan yang menjadi fenomena sekarang ini. 1.2.8 Kesembilan : Evolusi Bahasa Melayu Dalam Perkembangan ICT Proses evolusi bahasa Melayu turut berlaku dalam perkembangan era ICT. Penggunaan bahasa Melayu di internet semakin meluas di mana semakin ramai pengguna-pengguna bahasa Melayu mengeksploitasi kemudahan unsur komunikasi tersebut. Ini dibukitkan dengan terdapatnya banyak laman-laman dan penggelungsur berbahasa Melayu di internet yang dibentuk dari negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura. Perkembangan ini juga diiringi dengan penyediaan kemudahan e-mail dan chat yang secara tidak langsung membantu melestarikan bahasa Melayu. Penerimaan pakai internet ini telah membawa proses evolusi bahasa Melayu ke peringkat maya.

Sebagai contoh kesan dari penggunaan ruang siber yang serba mudah dan serba luas telah menghasilkan istilah-istilah baru yang boleh digelarkan sebagai ‘bahasa Melayu Internet’. Misalnya, perkataan-perkataan seperti kang (nanti), a’kum (assalamualaikum), w’lam (wa’alaikumsalam), dowang (mereka), tipon (telefon) dan persal (mengapa). Pengubahsuaian juga telah dibuat kepada kata gantinama seperti sayer (saya), dier (dia) dan nko (engkau). Begitu juga dengan kata tanya telah diubah suai seperti biler (bila), camner (bagaimana) dan maner (mana). Pada pragmatiknya, situasi ini merupakan satu percubaan yang menarik dalam evolusi bahasa Melayu. Namun demikian manupulasi bahasa seumpama ini jika tidak dibendung mampu memudaratkan pengguna dan nilai bahasa itu sendiri. Amalan seperti ini akan menghasilkan ayat-ayat yang tidak gramatik kerana menyeleweng daripada hukum-hukum tatabahasa. Timbul juga perkembangan pemelatan kata-kata, kata-kata bersifat irama, istilah spesifik dan penggunaan simbol-simbol dengan tujuan untuk memeriahkan suasana perbualan, kemesraan dan peringkasan teks dalam berkomunikasi di peringkat maya. Walau bagaimanapun perkembangan seperti ini perlu dilihat sebagai satu percaturan yang menarik dan sihat yang perlu dimantau supaya tidak berlaku penyelewengan bahasa dari alam maya ke alam realiti. Pengguna-pengguna internet seharusnya mewujudkan persefahaman untuk memastikan bahasa Melayu tetap terpelihara. Sebagai langkah awal, bahasa Melayu internet sebaiknya disimpan sahaja di dalam internet agar kemurnian dan kedinamikan bahasa Melayu lebih terserlah dan kekal relevan serta biarlah ia berkembang mengikut tapak penggunaannya. 1.3 Kesimpulan

Masyarakat bahasa Melayu tidak boleh mempertahankan bahasa Melayu hanya dengan menguasai bahasa itu. Di samping strategik yang teratur, masyarakat bahasa Melayu perlu menguasai bahasa-bahasa lain dan tahu cara menyebarkan maklumat di dalam era ICT. Dengan mempelajari usaha-usaha dari tokoh-tokoh bidang ICT seperti Bill Gate dan laman-laman perintis seperti Yahoo, Hotmail dan MSN adalah perlu usahawan-usahawan dari masyarakat bahasa Melayu memasuki peringkat ICT bukan sahaja persaingan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei malah di peringkat global.

Perkembangan globalisasi dan liberasasi hendaklah dilihat sebagai satu peluang masyarakat berbahasa Melayu untuk memastikan bahasa Melayu terus kekal disanjung oleh bangsa Melayu serta masyarakat bukan Melayu dengan memanupulasikan ICT sepenuhnya. Oleh itu, segenap sudut dan ruang yang sempit perlu dilebarkan agar bahasa Melayu mempunyai nilai yang simbolik dan tidak luput dek hujan, tidak lekang dek panas. Masyarakat berbahasa Melayu perlu mencari jalan dalam menambah nilai bahasa di pasaran dunia. Ini merupakan satu tugas berat bagi pengiat bahasa dan masyarakat Melayu khususnya untuk terus berusaha mencari jalan, kaedah serta hipotesis meningkatkan nilai bahasa Melayu di persada era ICT. Bagaimanapun, nilai bahasa Melayu tidak boleh dijual beli dalam pasaran yang bersifat sejagat. Nilai dan harga bahasa Melayu bergantung sejauh mana masyarakat Melayu di Nusantara membuat ‘pelaburan’ sewajarnya di pasaran dunia globalisasi yang sedang mengagungkan bahasa Inggeris sebagai ‘pelabur’ utama. Bahasa Melayu di dalam era ICT perlu dilihat sebagi satu keperluan dan bekalan yang penting dalam masyarakat bahasanya untuk menghasilkan satu identiti bangsa yang tulen dan sejati. Pada masa yang sama, biarlah bahasa Melayu dapat memupuk jati diri masyarakat bahasanya lebih-lebih lagi dalam arus pemodenan dan penyejagatan dunia. Jangan biarkan bahasa Melayu menyerantau di raung siber tanpa dipedulikan oleh masyarakat bahasanya sendiri dan akhirnya pupus di mata dunia.

Nota: Artikel ini telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Menulis Esei sempena Sambutan Bulan Bahasa dan Sastera JPA Tahun 2001.

Posted by Abu Saifuddin bin Hj Abu Hanipah, PTP PKG Tangkak, Johor. at 07:45

http://pkgtangkakjohor.blogspot.com/2008/05/penggunaan-bahasa-melayu-dalam-ict.html

PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU 3

URL:http://penselpena.blogspot.jenispencemaranbahasa.com

selasa-4/1/11


Bahasa rojak

Bahasa rojak, menurut Kamus Dewan sendiri membawa maksud, bahasa percakapan yang bercampur aduk. Sedar atau tidak, masyarakat di Malaysia sendiri memandang benteng akan penggunaan bahasa rojak kerana ia seperti sudah menjadi satu identiti, atau gaya percakapan yang lebih bersifat Malaysia. Kenapa begitu? Kerana Malaysia sendiri yang terdiri daripada negara yang berbilang kaum, berbilang agama dan berbilang bahasa. Penggunaan bahasa yang bercampur ini merupakan hasil daripada percantuman kaum-kaum di Malaysia sendiri.Bayangkan dialog seperti ini,
“Apek, wa dah cakap sama lu maa. Wa takmau itu barang, apa pasat lu kasi tapau juga?”Ataupun begini,”aney, kasi angkat ini meja la. Saya mau duduk tengok. Bawak sini roti sama teh tarik.”
Dialog percakapan di atas kelihatan sudah biasa di kehidupan seharian. Inilah contoh bahasa rojak yang umum tidak langsung menyedarinya. Dialog pertama, percampuran antara dialek percakapan bangsa Cina dalam bahasa Melayu. Perkataan Apek, Wa, Lu tiada dalam bahasa Melayu. Malah penggunaan tatabahasa yang lintang-pukang seperti ‘itu barang’ yang sepatutnya, ‘barang itu’.
Dialog yang kedua, percampuran bahasa Melayu dengan dialek kaum India di Malaysia. Perkataan Aney bukanlah satu perkataan Melayu. Malahan, susunan kata ‘kasi angkat ini meja’ sepatutnya menjadi ‘tolong angkat meja ini’. ‘Bawak sini roti sama teh tarik’ sepatutnya ‘bawakan saya roti dan teh tarik’. Namun, umum sudah lali dengan penggunaan yang bercampur baur ini.
Bahasa SMS
Bahasa SMS, satu bahasa atau gaya yang masyarakat gunakan dalam menghantar mesej ringkas kepada seorang yang lain. SMS atau nama lainnya, “Short Messaging System” atau Sistem Pesanan Ringkas, merupakan satu kaedah komunikasi yang lebih canggih dan lebih digemari oleh golongan muda. Ini kerana ia lebih mudah, lebih cepat dan lebih bersifat mesra pengguna.


Maharam Mamat (2009), dalam blognya menulis, bahawa bahasa SMS adalah satu bahasa kod, di mana ia sama seperti kod BRAILLE untuk orang cacat penglihatan dan dan kod MORSE untuk telegraf. Maka, kod SMS adalah untuk komunikasi tulisan melalui telefon bimbit.

Menurutnya lagi, terdapat 10 kategori bahasa SMS, iaitu:


-1) Lazim atau perkataan yang telah diterima pakai dalam dokumen atau penulisan rasmi serta dirakamkan dalam kamus. Contohnya, sungai menjadi sg, kampong menjadi kg.


2) Pengguguran huruf vokal dalam perkataan, samaada sukukata awal atau akhir, serta huruf konsonan. Sebagai contoh, makan menjadi mkn, sekolah menjadi skola.


3) Akronim, atau perkataan yang dipendekkan dengan mengambil huruf awal atau sukukata awal dan digabungkan menjadi perkataan. Contohnya, UKM iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia atau MAIS iaitu Majlis Agama Islam Selangor.


4) Gabungan sukukata beberapa perkataan yang digabungkan seperti pawagam yang dijadikan singkat daripada perkataan asalnya panggung wayang gambar.


5) Perkataan kata ganda yang didapati dalam bahasa SMS seperti kadang-kadang menjadi kdg2, sama-sama menjadi sma2.


6) Perkataan yang berdasarkan kepada kolokial, iaitu ejaan dan bunyi yang lazimnya digunakan dalam bahasa lisan seperti ambil menjadi amek, mereka menjadi dorang, naik menjadi nek.


7) Perkataan melampau yang dieja dengan gaya tersendiri seperti kerja menjadi kejer, gila menjadi gilew.


8) Singkatan yang diMelayukan seperti babai yang pasa asalnya adalah bye-bye, ‘aku kol ko later’ yang sepatutnya ‘aku telefon kau nanti’.


9) Perkataan yang membawa makna baru dalam bahasa komunikasi tidak rasmi seperti ‘ohh bapak terer’.


10) Perkataan yang menggunakan simbol yang menggambarkan bunyi dan perasaan seperti muahh untuk mencium, waa untuk menangis, hmmm..untuk berfikir. Bahasa SMS memang memudahkan penggunanya dalam berkomunikasi namun, apabila telah disalahgunakan, ia boleh memudaratkan dan merosakkan.


“Broken language”“Broken Language” sebenarnya merupakan satu istilah pada asalnya “Broken English”. Ia merujuk kepada kesalahan tatabahasa dalam bahasa Inggeris dan penggunaan bahasa Inggeris yang tidak formal masyarakat bukan Inggeris. Malah, Shakespeare sendiri pernah menggunakan istilah “Broken English” yang dipetik dalam perkataannya, “ Breake thy mind to me in broken English “.


Akira Nambara juga menyatakan dalam International Herald Tribune, bahawa, “English is the international language. Or, I should say, broken English is the international language” yang membawa maksud penggunaan “Broken Language” yang bersifat universal, di mana-mana sahaja (2008).


Menurut pendapat seorang lagi penulis di Internet, Harvey Milk, “Broken Language” merupakan satu bahasa percakapan yang diguna tanpa mempunyai semua perkataan yang diperlukan untuk membentuk sepotong ayat. Namun, tidak bermakna tanpa perkataan-perkataan yang hilang ini, ayat tersebut tidak boleh difahami (2008). Jadi, penggunaan bahasa ini dalam alam siber adalah semakin ketara. Seperti contoh ayat di bawah.

“I like guy store. He cute.”

Ayat di atas sepatutnya menjadi :

“I like that guy from the store. He is cute.”

“Go buy something. Eat. ”

Ayat boleh menjadi lebih baik sekiranya :

“You have to go and buy something to eat.”

Penggunaan “Broken English” dalam kalangan masyarakat Malaysia menjadi semakin berleluasa dan kadang kala dianggap aneh sekiranya ayat yang betul dari segi tatabahasa digunakan dalam kehidupan seharian.

Bahasa lucah


Bahasa lucah juga merupakan salah satu pencemaran bahasa di alam siber yang sering digunakan oleh pengguna alam maya. Penggunaan bahasa ini boleh membuatkan seseorang berasa segan dan malu untuk membaca sesuatu penulisan samaada di blog dan di laman sosial.Ini boleh menunjukkan bahawa penggunaan bahasa lucah ini semakin berleluasa digunakan di alam siber ini.

Antara perkataan bahasa lucah yang sering digunakan adalah “Pantat ko” , “Wakluu”, “Kasi potong itu telor!” dan sebagainya. Terasa malu untuk menyebutnya bukan? Jadi penggunaan bahasa lucah ini perlu disekat agar ia tidak akan mempengaruhi generasi muda untuk menggunakan bahasa ini sebagai salah satu bahasa komunikasi di alam siber.


Istilah remaja


Istilah remaja merujuk kepada penggunaan bahasa dalam kalangan remaja yang menggunakan bahasa mereka sendiri semasa berkomunikasi di antara remaja. Penggunaan istilah seperti sengal, poyo, senget, der, belo dan sebagainya seperti sudah menjadi makanan ruji dalam percakapan mereka seharian.


Emotikon


Emotikon ialah ikon atau simbol tertentu yang mewakili pelbagai ekspresi wajah atau emosi yang dibentuk daripada kombinasi tanda baca dan huruf tertentu yang terdapat pada papan kekunci komputer atau telefon mudah alih. Ada beberapa emotikon umum yang sering digunakan dalam komunikasi siber ini. Contohnya seperti dibawah:


Makna Emotikon :

:-) Gembira

:-P Mengejek

:-( Sedih
;-) Bergurau atau kenyit mata

:-o Terkejut

:- Marah

:’( Menangis

:- Bosan atau tidak peduli

:-D Ketawa

-o Menguap

Emotikon tersebut umumnya terdiri daripada tiga bahagian wajah, yang mewakili bahagian mata (tanda titik bertindih atau titik koma), hidung (tanda pembuka kurungan, penutup kurungan), dan mulut (tanda pembuka kurungan, penutup kurungan, atau huruf tertentu). Selain itu, muncul pula kepelbagaian emotikon yang bukan sahaja menggambarkan ekspresi wajah manusia, tetapi juga bentuk lain, seperti haiwan, bunga, simbol ucapan tertentu, dan ekspresi perasaan (cinta, sayang atau marah).


Kaomoji


Kaomoji pada peringkat awalnya, merupakan emotikon yang berkembang dalam komunikasi siber di Jepun. Tidak seperti emotikon lainnya, kaomoji cenderung lebih mudah difahami oleh penutur kerana menggunakan tanda baca atau huruf yang sangat umum.Walau bagaimanapun, kaomoji tetap berfungsi sebagai medium komunikasi yang akan mewakili ekpresi perasaan penutur yang digambarkan melalui simbol. Dalam situasi ini, penyingkatan tetap wujud dan kaomoji digunakan untuk menyatakan keadaan emosi tertentu seseorang ketika berhubung.


Kaomoji Makna:

(^_^) Gembira


(-_-;) Sedih atau menangis


(T_T) Merajuk atau kecewa


(^@^) Bangga atau senang hati


(-_-)y Menelefon atau minta dihubungi
Perkataan atau istilah khusus untuk mewakili perasaan, digantikan dengan simbol tertentu untuk memudahkan komunikasi kerana dunia siber itu sendiri berorientasikan imej segera, cepat dan mudah, tanpa mengambil kira kedudukan penggunaan bahasa, khususnya bahasa Melayu.
Bahasa basahan
Menurut Kamus Dewan edisi Keempat, basahan membawa makna sesuatu perkara yang sudah menjadi kebiasaan. Malah, penggunaan perkataan basahan sendiri dalam peribahasa membawa takrifan sesuatu perkara yang sudah menjadi kebiasaan berbuat sesuatu perbuatan yang tidak baik. Biasanya, bahasa basahan yang digunakan ialah bahasa pasar, dialek, dan bahasa yang bercampur. Jadi, dalam pencemaran bahasa di alam siber ini, bahasa basahan merupakan penggunaan bahasa seharian atau bahasa pasar yang sepatutnya merupakan satu kesalahan, tetapi masyarakat tidak lagi menganggapnya sebagai satu kesalahan kerana sudah menjadi kelaziman bagi mereka.

Tuesday, January 4, 2011

PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU 2

Setelah membincangkan mengenai faktor- faktor pencemaran bahasa di alam siber, kini diteruskan lagi perbincangan mengenai kesan- kesan pencemaran bahasa di alam siber.
Terdapat lima kesan yang utama:
  • Kesan yang pertama ialah bahasa menjadi rosak. Bahasa menjadi rosak apabila bahasa tersebut disalah gunakan. Sebagai contoh penggunaan bahasa sms dan bahasa rojak digunakan dalam laman sosial. Akibatnya, bahasa menjadi rosak dan menjatuhkan martabat bahasa itu sendiri.
  • Selain itu, bahasa melambangkan sesuatu bangsa. Jika rosak sesebuah bahasa maka akan rosaklah bangsa tersebut. Akhirnya bangsa tersebut akan hilang identitinya sendiri. Oleh yang demikian, mahasiswa-mahasiswi perlu cakna dalam menggunakan bahasa di laman sosial. Kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang
  • Disamping itu, kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang merupakan kesan kepada pencemaran bahasa di alam siber. Apabila bahasa tercemar maka ini akan menimbulkan kekeliruan kepada generasi akan datang untuk mempelajari sesuatu bahasa tersebut. Generasi akan datang akan terkeliru untuk memperaktikkan bahasa yang sesuai diguna pakai dalam kehidupan seharian.
  • Selain itu, jika generasi akan datang mengikut trend yang ada pada masa sekarang sudah tentu bahasa tersebut akan menjadi sejarah pada suatu hari nanti kerana telah hilang identiti bahasa tersebut. Impaknya disini, mahasiswa-mahasiswi adalah agen yang perlu memperbaikki pencemaran bahasa di alam siber ini.
  • Persepsi buruk masyarakat luar terhadap pencemaran bahasa. Selain itu, antara lain kesan pencemaran bahasa di alam siber ialah akan timbul persepsi buruk masyarakat luar terhadap pencemaran bahasa. Persepsi buruk ini akan timbul kepada pelajar ataupun pelancong yang mempelajari bahasa tersebut. Mereka akan mempertikaikan mengapa bahasa yang digunakan oleh penduduk negara tersebut di laman sosial tidak sama seperti yang mereka pelajari. Impaknya, akan menimbulkan persepsi buruk terhadap bahasa tersebut. Mereka akan menceritakan persepsi buruk tersebut kepada rakan- rakan dan ahli keluarga mereka. Tuntasnya, apabila pencemaran bahasa berlaku mereka tidak lagi menimbulkan minat untuk belajar bahasa tersebut. Oleh yang demikian, bahasa juga akan mencerminkan sesebuah negara.
  • Gejala sosial semakin berleluasa: Dengan meningkatnya bahasa kasar dan lucah di alam siber, remaja akan terpengaruh dengan perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang sering digunakan di alam siber. Remaja dan seseorang individu cenderung untuk menggunakan bahasa kasar dan lucah tersebut bersama rakan-rakan yang lain dalam perbualan seharian. Malah sesuatu perkataan atau ayat tersebut akan menjadi ‘trend’ dalam perbualan seharian remaja. Yang lebih mendukacitakan apabila ayat-ayat kasar dan berbaur lucah tersebut turut dilemparkan kepada ibu bapa sendiri. Ini secara tidak langsung melahirkan remaja yang bersikap kurang ajar dan tidak menghormati ibu bapa. Apa yang lebih mengejutkan ialah budak-budak yang masih lagi bersekolah rendah turut biasa untuk menggunakan ayat-ayat kasar atau perkataan berunsur lucah tersebut. Hal ini memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan dan perkembangan minda kanak-kanak. Jika hal ini tidak dibendung, adalah tidak menghairankan jika kes gejala sosial juga turut berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang belum lagi menginjak remaja.
  • Mutu kualiti bahasa menurun dalam kalangan pelajar: Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah remaja tidak dibendung dengan meluas, lama –kelamaan bahasa ini akan menjadi sebati kepada seseorang individu tersebut. Pastinya pelajar yang sering disogok oleh perkataan dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru dengan penggunaan bahasa yang betul. Para pelajar akan turut terpengaruh untuk menggunakan bahasa-bahasa yang digunakan dalam perbualan dalam tugasan penulisan di sekolah. Hal ini bukan sahaja menyebabkan kualiti penulisan di sekolah semakin menurun malah pengetahuan terhadap bahasa kita sendiri iaitu Bahasa Melayu akan semakin jauh daripada pelajar. Dengan demikian, mutu kualiti bahasa dalam kalangan pelajar pastinya akan semakin menurun dan tidak mustahil sekiranya terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi tidak mengenal apa itu pantun dan syair.

Monday, January 3, 2011

PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU



Penulis asal: Fation

URL: http:/pensel Maya.blogspot.com

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pencemaran merupakan perbuatan mencemarkan atau mengotorkan. Bahasa pula merupakan sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia iaitu, antara satu individu dengan individu yang lain. Manakala, alam pula merupakan lingkungan yang meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan yang tertentu, ataupun bidang atau lingkungan kegiatan. Ringkasnya, alam merupakan satu dunia tertentu.


Menurut sumber yang sama lagi, ia menyatakan siber sebagai sesuatu yang berkaitan komputer dan internet. Jadi, secara keseluruhannya menurut Kamus Dewan, tajuk kertas kerja ini “Pencemaran Bahasa di Alam Siber” ditakrifkan sebagai perbuatan mengotorkan sistem perhubungan manusia, dalam kes ini, perhubungan sesama rakyat Malaysia sendiri, dalam lingkungan pengguna Komputer dan Internet sendiri.


Pencemaran bahasa, secara umumnya diguna pakai sebagai satu istilah, untuk menunjukkan Bahasa Melayu kita dicemari dengan perkataan-perkataan asing, menurut Rosmila, dalam penulisan di blognya. Menurutnya lagi, tiada istilah 'pencemaran bahasa' di dalam bahasa Melayu ini. Jika dilihat pada sudut slanga yang dikatakan sebagai 'pencemaran bahasa' ini, slanga ini sama sahaja seperti dialek. Maksud di sini sama seperti dialek iaitu kedua-dua ini merupakan variasi kepada satu bahasa iaitu Bahasa Melayu.

....