? ??????????????Sound Wave? ????? ?? ???Rating: 4.7 (64 Ratings)??16453 Grabs Today. 61604 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Green Fumes? ????? ?? ???Rating: 4.3 (224 Ratings)??15631 Grabs Today. 79529 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Live, BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, April 19, 2011

Minggu 6: Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu



Jenis Struktur Perpautan


Struktur Linear


Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.



Contoh




Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan.
Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan.


Struktur Hierarki dan Struktur Komposit

Struktur Hierarki
O Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama.
O Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.


Contoh Struktur Hierarki



Struktur Komposit



O Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain.
O Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.





Contoh Struktur Komposit



Antara satu laman utama dengan laman utama mempunya perkaitan antara satu dengan yang lain.


Murid-murid boleh memulakan kerja mereka dengan salah satu pautan yang diberikan.


Setiap laman yang diakses, akan membawa kepada beberapa subpautan yang berkaitan dengan laman yang berkenaan.

Contoh Struktur Hierarki





Struktur Rangkaian



Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama.



Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel




Struktur rangkaian akan menjadi lebih berkesan sekiranya setiap laman itu mempunyai perpautan antara satu sama lain.


Dengan mengkelik, sesuatu paparan itu akan diperolehi dan boleh berpindah kepada laman yang sebelumnya dengan teknik hiper pautan

Monday, April 18, 2011

MInggu 14-Mereka Cipta Animasi Dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu



Mereka Cipta Animasi Dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu


Definisi Animasi

Kamus Pelajar Edisi Kedua

proses menjadikan sesuatu gambar (kartun dsb) kelihatan bergerak atau hidup dgn memaparkan satu siri gambar secara pantas dgn bantuan komputer.


Kamus Dewan Edisi Keempat

Perbuatan (proses, hasil drpd) menjadikan sesuatu kelihatan hidup. Selain itu merupakan seni atau proses menyediakan gambar-gambar kartun yg kelihatan hidup. Istilah lain pula menganimasikan menjadikan sesuatu gam¬bar (kartun dsb) kelihatan bergerak atau hidup


Menggunakan Animasi Perkataan dan Objek Power Point








Minggu 13-Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu


Menggunakan Alat Pengarangan Dalam Pengajaran Bahasa Melayu


Jenis-Jenis Alat Pengarangan




Adobe Flash Player




  • ialah perisian yang memaparkan animasi dan filem dengan menggunakan atur cara komputer seperti pelayar web. Flash Player ialah pemain multimedia dan aplikasi ciptaan Macromedia, kini dibangunkan dan diedarkan oleh Adobe setelah membeli Macromedia. Flash Player menjalankan fail-fail SWF yang boleh direka dengan menggunakan alat pengarangan Adobe Flash rekaan Adobe Flex, atau mana-mana alat Macromedia yang lain dan pihak ketiga.


  • Nama Adobe Flash, atau sekadar Flash, merujuk kepada program pengarangan multimedia tersebut ataupun Adobe Flash Player edaran Adobe yang menggunakan grafik vektor dan raster, bahasa peenskripan tersendiri iaitu ActionScript dan penstriman video dan audio dwiarah. Sebenarnya, Adobe Flash hanya memaksudkan sekitaran pengarangan manakala Flash Player ialah mesin maya yang digunakan untuk menjalankan fail Flash, namun erti-erti tersebut sering dicampuradukkan dalam bahasa percakapan. Oleh itu, nama "Flash" boleh memaksudkan sekitaran pengarangannya, pemainnya atau fail-fail aplikasinya.


  • Flash Player menyokong bahasa penskripan tersirat bernama ActionScript (AS) yang berasaskan ECMAScript. Semenjak diperkenalkan sebagai sintaks skrip tanpa pemboleh ubah, ActionScript telah berkembang maju untuk menyokong kod berorientasi objek, hinggakan keupayaannya boleh dibandingkan dengan JavaScript (satu lagi bahasa penskripan berasaskan ECMAScript).


  • Pada awalnya, Flash Player direka untuk memaparkan animasi vektor dua dimensi yang ringkas, tetapi kini sesuai untuk mereka aplikasi Internet kaya dan menstrimkan video dan audio. Flash Player menggunakan grafik vektor untuk meminimumkan saiz fail serta menghasilkan fail yang menjimatkan lebar jalur dan masa pemuatan. Flash ialah format yang sering digunakan untuk permainan, animasi, dan GUI yang dibenamkan dalam laman web.


  • Flash Player tersedia sebagai pemalam untuk versi-versi terkini pelayar web (such as Mozilla Firefox, Opera, Safari dan Internet Explorer) di platform-platform terpilih. Adobe menyatakan bahasa setiap versi pemalam adalah serasi dengan versi sebelumnya, kecuali perubahan ciri-ciri keselamatan yang diperkenalkan dalam Versi 10.[1]


COMIL




  • Bagi sekolah-sekolah di Malaysia alat pengarangan yang dicadangkan digunakan adalah alat pengarangan yang dibangunkan oleh MIMOS Bhd iaitu ComIL. Untuk mempelajari alat pengarangan ini, pihak MIMOS telah menyediakan tutorial ComIL yang boleh didapati di www.comil.com.my . Comil merupakan satu inovasi daripada MIMOS Berhad yang dibangunkan oleh pakar tempatan (MIMOS, tanpa tarikh). Ini bermakna ComIL merupakan pilihan terbaik untuk senario tempatan.


  • Comil Intan ialah sebuah alat pengarangan multimedia yang pertama menggunakan antara muka Bahasa Melayu (MIMOS, tanpa tarikh). Ia adalah versi terbaru selepas Comil Zamrud. Menurut mereka, alat pengarangan ini amat menarik kerana ia boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja. ComIL boleh difahami dan digunakan oleh pelajar-pelajar sekolah rendah sehinggalah orang-orang dewasa. Ia juga mampu memenuhi keperluan pembangun multimedia profesional.



  • Alat pengarangan ComIL ini menawarkan pelbagai kemudahan kepada penggunanya untuk membina satu perisian multimedia yang interaktif. Melalui alat ini, guru-guru dan pelajar-pelajar boleh mencipta pelbagai bahan pengajaran dan persembahan multimedia dengan menggabungkan teks, grafik, video, animasi dan kesan bunyi yang menarik.


  • Konsep belajar dari komputer dilaksanakan sekarang apabila menggunakan perisian ComIL ini untuk membina kemahiran-kemahiran tertentu. Di sini pelajar akan belajar menggunakan Comil dari laman web ComIL (guru) yang telah menyediakan satu modul yang lengkap untuk memperkenalkan ComIL. Selain dari menggunakan tutorial dari laman web tersebut, guru-guru boleh menggunakan buku panduan yang dibekalkan oleh pihak MIMOS apabila perisian ComIL dibeli dari mereka sebagai bahan bantu mengajar.

Kekuatan Alat Pengarangan COMIL




  • Penggunaan Bahasa Melayu yang mudah memberikan kefahaman yang jelas kepada pelajar untuk memahami arahan-arahan yang diberi.


  • suasana pembelajaran yang bermakna dan relevan dengan senario tempatan dapat dihasilkan.


  • Pendekatan penerangan yang digunakan memudahkan pelajar mengikuti proses memahami sistem ComIL.


  • kemas dari segi susunan nombor yang teratur, serta peraturan arahan yang berkesinambungan dari satu fungsi ke fungsi yang lain


  • ia mempunyai bahagian pengenalan yang menerangkan definasi perisian kursus serta


  • konsep-konsep asas yang berkaitan agar pelajar mempunyai kefahaman yang fokus tentang pembangunan perisian kursus yang menggunakan alat pengarangan.

minggu 12-Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video

Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video

Pengenalan :Telesidang Video

Telesidang adalah sistem penyampaian elektronik yang melibatkan komunikasi dua hala antara dua atau lebih pusat telesidang secara langsung. Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling. Menurut J.Maki (2001) penggunaan telesidang video ini menyelesaikan banyak masalah pembelajaran di kalangan pelajar menerusi guru-guru ICT. Walau bagaimanapun, pelaksanaan telesidang ini memerlukan perancangan dan latihan yang rapi malah latihan dan percubaan perlu dijalankan sebelum menggunakan bahan sokongan media ini. Berdasarkan kajian, di dapati telesidang ini adalah di antara jenis yang sesuai diaplikasi dalam sistem Pendidikan sesebuah negara yang membangun yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi seperti yang berlaku di Findland(J.Maki, 2001) dan Singapura (Hu. Chun, 2001).


Jenis persidangan



Kegunaan Sidang Video:



Kebaikan Menggunakan Telesidang



  • Mengurangkan kos perjalanan dan menjimatkan masa.

  • Membuka peluang luas dalam penglibatan bahagan hieraki sektor korporat dan lain-lain sektor.

  • Menambahkan produktiviti dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

  • Membuat keputusan dengan cepat dan spontan.

  • Mempertingkatkan komunikasi.

  • Perhubungan pensyarah dan pelajar lebih akrab.

  • Penambahbaikan kepuasan dalam pengajaran atau di tempat kerja.  

Kelemahan Penggunaan Telesidang

Minggu 11- Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu


Definisi Video


Format file yang biasadansediaadabagi video ialah MPG, AVI dan MOV


MPG

Bermaksud Motion Pictures Expert Group. Format yang digunakan adalah untuk penghasilan


VCD.


AVI

(Audio Video Interleave ) Bermaksud Video for Windows.Ianya diperkenalkan oleh Microsft pada tahun 1992. AVI membolehkan audio dan video dimainkan secara serentak bagi sesebuah file video digital.


MOV

Merupakan format video untuk perisian Quick time. Telah dibangunkan oleh Apple Computer Company. Format file video yang lain juga adalah seperti MP4, 3GP, WMV, FLV dan SWF




Definisi Audio


Audio atau bunyi-bunyian teknologi yang membolehkan sistem computer mengeluarkan muzik atau suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaiakn maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. Membantu juga meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan juga menimbulkan suasana yang lebih menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan. Audio boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan dan tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan.



AIFF dan AIF/ (Audio Interchange File Format) format ini sering digunakan pada sistem komputer jenis machintosh, IBM dan yang serasid engannya. Ianya boleh menyimpan sehingga 32 bit.


MP3 (MPEG-1 Audio Layer-3) Merupakan satu format pemampatan data audio yang paling popular. Fail MP3 adalah bersaiz 1/10 daripada saiz asal audio tetapi mempunyai kualiti yang baik sehingga mencapai kualiti CD asal.


MID, MIDI, MFF (Musical Instrument Digital Interface) Format yang boleh diterima pakai di seluruh dunia bertujuan menyimpan audio dari jenis MIDI.


SND/Sound Format fail yang telah diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang bersaiz sehingga 8 bit.


WAVE/ WAV Format fail yang paling meluas digunakan yang disokong oleh sistem operasi windows. Mampu menampung saizd ari 8 bit sehingga 16 bit.


SUN AUDIO/ AU Boleh digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja Sun Microsystem. Merupakan format audio 16 bit.


MPEG (Moving Picture Experts Group) Format file yang makin popular digunakan untuk tujuan penyaluran muzik melalui talian internet. Kumpulan MPEG telah bekerjasama dengan Organization for Standardization (ISO) untuk membangunkan satu standard bagi pemampatan data audio dan video berbentuk digital bagi penggunaan seluruh dunia.

Minggu10-Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian




Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian


Pengenalan:

Menurut kamus Pelajar Edisi Kedua, mengedit bermaksu membaiki sesuatu karangan dan lain-lain. Selain itu ia membawa maksud menyunting, mengedit perbuatan atau hal. Manakala menurut Kamus Komputer, Mengedit didefinisikan sebagai tindakan menyemak dan memperbetulkan kandungan bahan yang belum atau sudah diproses oleh Komputer.


Langkah-langkah Mengedit Bahan Pengajaran
















Minggu9-Pengajaran Bahasa Melayu secara Dalam dan Luar Talian

Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam dan Luar Talian


Pengenalan


O Ia merupakan salah satu daripada pembelajaran yang menggunakan media elektronik yang terhubung dengan Internet dan Intranet. O Ia diperkenalkan sebagai alternatif untuk di sampaikan secara elektronik kepada pelajar. O Murid boleh memperoleh maklumat dan belajar luar daripada kelas formal. O Perkongsian maklumat berlaku dengan berkesan melalui teknologi dalam pendidikan. O Mewujudkan proses pembelajaran dan pengajaran di bilik kelas secara lebih berkesan dan sistematik O Menyediakan bahan bantu mengajar yang releven dengan teknologi hari ini. OMenyediakan sumber maklumat dan rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran keseluruhannya untuk di capai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan O Mengurangkan bebanan setiap guru terutama dalam menyediakan bahan bantu mengajar. O Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik. O Menjimatkan masa guru bagi menyedia dan memikirkan bahan bantu mengajar.


Konsep




  • E-Pembelajaran Interaktif ini adalah modul pembelajaran secara elektronik yang dibangunkan untuk membantu proses belajar di kelas dan di luar kelas maklumat ini juga boleh diperolehi melalui CD dan kedua-duanya dipersembahkan secara interaktif yang mengabungkan elemen-elemen multimedia.




  • Persembahan secara animasi dibantu juga dengan bunyi dan suara memungkinkan pembelajaran berlaku secara lebih menyeronokan. ‘Learnig is fun’ berlaku melalui proses ini, bebanan guru dapat diringankan.


....