Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam dan Luar Talian
Pengenalan
O Ia merupakan salah satu daripada pembelajaran yang menggunakan media elektronik yang terhubung dengan Internet dan Intranet. O Ia diperkenalkan sebagai alternatif untuk di sampaikan secara elektronik kepada pelajar. O Murid boleh memperoleh maklumat dan belajar luar daripada kelas formal. O Perkongsian maklumat berlaku dengan berkesan melalui teknologi dalam pendidikan. O Mewujudkan proses pembelajaran dan pengajaran di bilik kelas secara lebih berkesan dan sistematik O Menyediakan bahan bantu mengajar yang releven dengan teknologi hari ini. OMenyediakan sumber maklumat dan rujukan untuk pengajaran dan pembelajaran keseluruhannya untuk di capai di mana-mana sahaja dengan cara yang lebih mudah dan berkesan O Mengurangkan bebanan setiap guru terutama dalam menyediakan bahan bantu mengajar. O Membantu menyelesaikan penyampaian konsep yang abstrak secara lebih baik. O Menjimatkan masa guru bagi menyedia dan memikirkan bahan bantu mengajar.
Konsep
- E-Pembelajaran Interaktif ini adalah modul pembelajaran secara elektronik yang dibangunkan untuk membantu proses belajar di kelas dan di luar kelas maklumat ini juga boleh diperolehi melalui CD dan kedua-duanya dipersembahkan secara interaktif yang mengabungkan elemen-elemen multimedia.
- Persembahan secara animasi dibantu juga dengan bunyi dan suara memungkinkan pembelajaran berlaku secara lebih menyeronokan. ‘Learnig is fun’ berlaku melalui proses ini, bebanan guru dapat diringankan.
0 comments:
Post a Comment