? ??????????????Sound Wave? ????? ?? ???Rating: 4.7 (64 Ratings)??16453 Grabs Today. 61604 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Green Fumes? ????? ?? ???Rating: 4.3 (224 Ratings)??15631 Grabs Today. 79529 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Live, BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, April 17, 2011

Minggu 3- Aplikasi Garis Panduan & Etika Penggunaan Internet

Aplikasi Garis Panduan & Etika Penggunaan Internet


ETIKA KOMPUTER

Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).

Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat

MASALAH MORAL DAN ETIKA Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu: · Penggertak · Penyalahgunaan internet · Virus · Hak cipta · Perisian cetak Rompak

Penggertak: · Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan. · Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan

Penyalahgunaan internet · Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.

Virus: · Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian computer.

Hak cipta terpelihara · Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu

Perisian cetak rompak: · Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual

PRINSIP ETIKA KOMPUTER

• Keseimbangan • keizinan temaklum • keadilan • Meminimum-kan risiko

PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT

1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain. 2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain. 3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain. 4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri. 5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu. 6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah 7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran. 8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri. 9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan. 10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.

0 comments:

....