? ??????????????Sound Wave? ????? ?? ???Rating: 4.7 (64 Ratings)??16453 Grabs Today. 61604 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Green Fumes? ????? ?? ???Rating: 4.3 (224 Ratings)??15631 Grabs Today. 79529 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Live, BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, January 4, 2011

PENGGUNAAN ENJIN PENCARI BAHAN BAHASA MELAYU 2

Setelah membincangkan mengenai faktor- faktor pencemaran bahasa di alam siber, kini diteruskan lagi perbincangan mengenai kesan- kesan pencemaran bahasa di alam siber.
Terdapat lima kesan yang utama:
  • Kesan yang pertama ialah bahasa menjadi rosak. Bahasa menjadi rosak apabila bahasa tersebut disalah gunakan. Sebagai contoh penggunaan bahasa sms dan bahasa rojak digunakan dalam laman sosial. Akibatnya, bahasa menjadi rosak dan menjatuhkan martabat bahasa itu sendiri.
  • Selain itu, bahasa melambangkan sesuatu bangsa. Jika rosak sesebuah bahasa maka akan rosaklah bangsa tersebut. Akhirnya bangsa tersebut akan hilang identitinya sendiri. Oleh yang demikian, mahasiswa-mahasiswi perlu cakna dalam menggunakan bahasa di laman sosial. Kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang
  • Disamping itu, kekeliruan bahasa kepada generasi akan datang merupakan kesan kepada pencemaran bahasa di alam siber. Apabila bahasa tercemar maka ini akan menimbulkan kekeliruan kepada generasi akan datang untuk mempelajari sesuatu bahasa tersebut. Generasi akan datang akan terkeliru untuk memperaktikkan bahasa yang sesuai diguna pakai dalam kehidupan seharian.
  • Selain itu, jika generasi akan datang mengikut trend yang ada pada masa sekarang sudah tentu bahasa tersebut akan menjadi sejarah pada suatu hari nanti kerana telah hilang identiti bahasa tersebut. Impaknya disini, mahasiswa-mahasiswi adalah agen yang perlu memperbaikki pencemaran bahasa di alam siber ini.
  • Persepsi buruk masyarakat luar terhadap pencemaran bahasa. Selain itu, antara lain kesan pencemaran bahasa di alam siber ialah akan timbul persepsi buruk masyarakat luar terhadap pencemaran bahasa. Persepsi buruk ini akan timbul kepada pelajar ataupun pelancong yang mempelajari bahasa tersebut. Mereka akan mempertikaikan mengapa bahasa yang digunakan oleh penduduk negara tersebut di laman sosial tidak sama seperti yang mereka pelajari. Impaknya, akan menimbulkan persepsi buruk terhadap bahasa tersebut. Mereka akan menceritakan persepsi buruk tersebut kepada rakan- rakan dan ahli keluarga mereka. Tuntasnya, apabila pencemaran bahasa berlaku mereka tidak lagi menimbulkan minat untuk belajar bahasa tersebut. Oleh yang demikian, bahasa juga akan mencerminkan sesebuah negara.
  • Gejala sosial semakin berleluasa: Dengan meningkatnya bahasa kasar dan lucah di alam siber, remaja akan terpengaruh dengan perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang sering digunakan di alam siber. Remaja dan seseorang individu cenderung untuk menggunakan bahasa kasar dan lucah tersebut bersama rakan-rakan yang lain dalam perbualan seharian. Malah sesuatu perkataan atau ayat tersebut akan menjadi ‘trend’ dalam perbualan seharian remaja. Yang lebih mendukacitakan apabila ayat-ayat kasar dan berbaur lucah tersebut turut dilemparkan kepada ibu bapa sendiri. Ini secara tidak langsung melahirkan remaja yang bersikap kurang ajar dan tidak menghormati ibu bapa. Apa yang lebih mengejutkan ialah budak-budak yang masih lagi bersekolah rendah turut biasa untuk menggunakan ayat-ayat kasar atau perkataan berunsur lucah tersebut. Hal ini memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan dan perkembangan minda kanak-kanak. Jika hal ini tidak dibendung, adalah tidak menghairankan jika kes gejala sosial juga turut berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang belum lagi menginjak remaja.
  • Mutu kualiti bahasa menurun dalam kalangan pelajar: Sekiranya penggunaan bahasa rojak dan istilah-istilah remaja tidak dibendung dengan meluas, lama –kelamaan bahasa ini akan menjadi sebati kepada seseorang individu tersebut. Pastinya pelajar yang sering disogok oleh perkataan dan istilah-istilah yang muncul setiap hari akan keliru dengan penggunaan bahasa yang betul. Para pelajar akan turut terpengaruh untuk menggunakan bahasa-bahasa yang digunakan dalam perbualan dalam tugasan penulisan di sekolah. Hal ini bukan sahaja menyebabkan kualiti penulisan di sekolah semakin menurun malah pengetahuan terhadap bahasa kita sendiri iaitu Bahasa Melayu akan semakin jauh daripada pelajar. Dengan demikian, mutu kualiti bahasa dalam kalangan pelajar pastinya akan semakin menurun dan tidak mustahil sekiranya terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi tidak mengenal apa itu pantun dan syair.

0 comments:

....